fbpx

Kadar sewa kediaman terus merosot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kadar sewa kediaman di empat pasaran utama di Malaysia terus merekodkan kemerosotan terutamanya melibatkan kondominium dan apartmen perkhidmatan, berdasarkan Laporan Analitik Permintaan Portal Separuh Tahun Pertama (H1) 2021 (Pasaran Sewaan Kediaman) oleh platform hartanah, iProperty.

Pengurus Besar Penyele­saian Data Pelanggan & Kualiti iPro­perty.com.my, Premendran Pathmanathan berkata, permintaan harga sewa median bagi kediaman di Kuala Lumpur didapati merosot 13 peratus kepada RM2,000 sebulan bagi tempoh tersebut berbanding tahun lalu, manakala di Selangor, harga sewa median kekal pada RM1,500 di­sebabkan permintaan kukuh untuk sewa rumah teres.

Di Pulau Pinang, harga sewa median merosot tujuh peratus kepada RM1,400 sebulan, manakala di Johor, sewa me­dian menurun 14 peratus kepada RM1,200.

Menurut beliau, H1 2021 terus memihak kepada penyewa kerana langkah menyewa kediaman kini dianggap lebih masuk akal dari segi kewangan disebabkan komitmen bulanan yang lebih rendah berbanding membeli hartanah.

“Ini terutamanya ketika kadar pengangguran kekal tinggi.

“Banyak tuan tanah terpaksa menyerap sebahagian daripada kemerosotan pendapatan dan menurunkan harga sewa unit-unit mereka memandangkan mereka terpaksa bersaing untuk menarik minat para penyewa yang masih stabil dari segi kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pembentangan laporan tersebut secara maya semalam.

Menurut Pathmanathan, kemerosotan harga sewaan kediaman yang berterusan tidak bermakna pasaran hartanah negara kini berada pada tahap yang genting, sebaliknya beliau berpandangan fenomena ini hanyalah sebahagian daripada kitaran hartanah.

“Proses pembetulan harga adalah sebahagian daripada kitaran, selepas ini kita mungkin menyaksikan harga kembali me­ningkat, namun dalam keadaan sekarang, ia mungkin mengambil sedikit masa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI