fbpx

Hafizh kekal atau tinggalkan MotoGP?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH mencetuskan pelbagai tanda tanya apabila menaikkan status di InstaStory miliknya yang mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat MotoGP di tanah air.

PERSOALAN sama ada pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah kekal bersaing pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) atau sebaliknya masih menjadi tanya tanya selepas pelumba Moto2 itu membuat naik status di InstaStory miliknya semalam mencetuskan pelbagai reaksi.

Hafizh yang beraksi dalam kelas Moto2 bersama pasukan NTS RW Racing Team mendedahkan akan mengumumkan perkara baharu selepas hampir sedekad menyertai perlumbaan MotoGP tersebut.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan pengurus Hafizh, Razmin Masli Abdul Razak tidak menutup perbincangan dengan mana-mana pasukan, malah turut melihat peluang lain seperti menyertai kejua­raan luar daripada MotoGP.

“Lapan tahun memories pahit dan manis di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP). Te­rima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada saya sampai sini.

“Malah turut membantu saya selama ini dan saya tidak akan lupakan anda semua. Mana yang baik saya akan ambil dan mana yang buruk saya akan lupakan.

“Jika ada perkara baharu saya akan bagi tahu anda, bila kena dengan masanya. Anda semua luar biasa dan terima kasih semua,” katanya meluahkan perasaan menerusi ­Instagram selepas berakhir perlumbaan Grand Prix (GP) Americas minggu lalu.

Pada saingan tersebut, Hafizh menamatkan perlumbaan di tempat ke-20, selain mengumpul lapan mata selepas 15 perlumbaan musim ini.

Sementara itu, Razmin me­ngakui pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan pada ketika ini selain mengesahkan pihaknya masih me­lakukan perbincangan.

“Kita masih belum kita putuskan. Mana yang kita dapat tawaran yang baik buat Hafizh, insya-Allah kita akan ke sana,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI