fbpx

Dua beranak melecur, suri rumah trauma masuk dapur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHARI yang melecur di badan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang di George Town.

GEORGE TOWN – Dua beranak terpaksa menanggung kesa­kitan akibat melecur selepas tong gas memasak meletup dalam kejadian di rumah mereka di Teluk Kumbar di sini pada minggu lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa, Mahari Md. Noor, 47, terbakar kira-kira 50 peratus pada badannya, manakala anak bongsunya, Nurul Atiqah Mahari, 14, pula cedera di tangan kiri serta kaki selain rambutnya terbakar.

Isteri Mahari, Rosilawati Abd. Abdul Rahim, 44, berkata, kejadian berlaku ketika suaminya mahu memeriksa dapur selepas mengesyaki berlaku kebocoran gas pada pukul 2.30 pagi.

“Ketika itu, kami sekeluarga termasuk dua lagi anak baru hendak masuk tidur. Suami terdengar bunyi seperti air mengalir di dalam tandas. Kedudukan dapur pula terletak berhampiran tandas.

“Sebelum sempat dia (Mahari) memegang tong gas, ia tiba-tiba meletup. Bunyi letupan itu kuat seperti dipanah petir sehingga bergegar satu rumah,” katanya semalam.

Menurut wanita itu, tidak lama kemudian dia terde­ngar anaknya yang turut berada berdekatan suaminya semasa memeriksa tong gas tersebut mengerang kesakitan lalu bergegas ke dapur.

Rosilawati memberitahu, dia melihat anaknya sudah terba­ring, manakala suaminya pula berdiri meminta pertolongan daripada jiran-jiran.

“Anak lelaki saya segera memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api sebelum meminta bantuan jiran membawa suami dan anak ke Hospital Balik Pulau,” katanya.

Dua beranak itu kemudian dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

“Keadaan mereka kini stabil, namun kerap mengerang ke­sakitan akibat melecur. Suami saya dijangka menjalani pembedahan bagi menampal luka melecur hari ini (semalam).

“Kami masih trauma de­ngan yang kejadian berlaku. Biarpun kejadian sudah hampir seminggu berlaku, namun saya masih tidak terdaya masuk ke dapur untuk memasak kerana ter­kenangkan keadaan suami dan anak yang sakit di hospital,” ujarnya dalam nada sebak. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI