fbpx

Damok semakin hampir sertai Moto3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYARIFUDDIN atau lebih dikenali sebagai Damok.

SELEPAS menampilkan aksi cukup kompetitif pada saingan CEV Moto3, pelumba muda negara, Syarifuddin Azman selangkah untuk mengesahkan tempat dalam saingan Kejuaraan Moto­sikal Dunia (MotoGP) dalam kelas Moto3 musim depan.

Zulfahmi Khairuddin yang menjadi individu penting dalam program pembangunan pelumba Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mendedahkan, 15 Oktober ini pihaknya akan mengumumkan berita baik itu.

Bagaimanapun, Zulfahmi mengakui pihaknya masih belum mendedahkan pasukan tersebut sebaliknya mengakui pasukan itu berpengalaman dalam saingan CEV dan kini membuat kemunculan pertama pada Kejuaraan Dunia Moto3.

“Kita sedang berusaha untuk membawa Damok ke MotoGP dalam tempoh terdekat. Buat masa ini, kita telah melakukan perbincangan dan segalanya di­lihat berjalan dengan lancar malah hampir bersetuju.

“Justeru, kita akan umumkan senarai pelumba dan pasukan pada 15 Oktober ini. Nampak gaya kita berjaya untuk hantar pelumba pelapis ke Kejuaraan Dunia Moto3 tahun depan.

“Apa yang saya boleh katakan, pasukan ini baru dan datang dari kejuaraan CEV dan mempunyai keputusan terbaik di kejuaraan tersebut.
“Jadi tungguhlah pada 15 Oktober ini nanti. Apapun peluang yang kita dapat ini adalah bantuan daripada Dorna dan juga Datuk Razlan Razali (SRT) untuk kita mendapatkan slot ini,” kata­nya pada sesi sidang akhbar secara maya semalam.

Sementara itu, Zulfahmi turut berkongsikan mengenai seorang lagi pelumba muda negara iaitu Adam Norrodin untuk ke Kejua­raan Dunia Moto2.

“Bagi Adam, kami belum pasti lagi kerana ketika ini slot Moto2 penuh dan kita sedang berusaha untuknya. Jika tidak, kita akan cari tempat terbaik buatnya pada tahun depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI