fbpx

Budak enam tahun lemas ditemukan terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA ditemukan anggota penyelamat 10 meter dari Pantai Seaview, Tanjung Gemok, Port Dickson petang tadi.

PORT DICKSON – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan lemas petang tadi ditemui dalam jarak lima hingga 10 meter dari Pantai Seaview, Tanjung Gemok di sini.

Mangsa, Muhammad Nurmubien Muhammad Miqdam yang sebelum itu mandi bersama abangnya berusia 10 tahun ditemukan pihak bomba yang tiba di lokasi selepas menerima laporan kejadian berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd. Hairul Izam Mazelan berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.08 dan tiba di lokasi kejadian kira-kira empat minit kemudian.

“Sejurus tiba kami telah memulakan pencarian, seorang mangsa sudah diselamatkan oleh ahli keluarga dan orang awam.

“Seorang lagi ditemukan selepas agensi terlibat menjumpai objek sejauh lima hingga 10 meter dari pantai pada pukul 6.15 petang dan ketika ditemukan mangsa dalam keadaan terapung dan agak lemah,” katanya hari ini.

Tambahnya, selepas ditemukan dan dibawa ke pantai, mangsa terpaksa diberikan bantuan pernafasan yang mengambil masa selama 40 minit.

“Agensi penyelamat termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kemudian telah menyerahkan mangsa petugas kesihatan untuk dibawa ke Hospital Port Dickson bagi tindakan selanjutnya,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI