fbpx

Buat saringan Covid-19 sebelum balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ciapan Khairy Jamaluddin di Twitter hari ini.

PUTRAJAYA – Individu yang berada di kawasan berisiko tinggi terdedah jangkitan Covid-19 dinasihati menjalani ujian kendiri secara berkala sebelum bersedia balik kampung.

Ingatan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar itu lebih-lebih lagi apabila pergerakan rentas negeri sudah hampir dibenarkan dengan 1.6 peratus sahaja diperlukan bagi kadar vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.

“Sementara @KKMPutrajaya telah transisi kepada ujian asimtomatik, kami menggalakkan mereka yang berada di kawasan berisiko tinggi jangkitan melakukan ujian secara berkala.

“Jika anda mahu balik kampung dan berjumpa ibu bapa, lakukanlah ujian Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag),” ciapnya di Twitter hari ini.

Pada masa sama, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan tidak boleh lagi memantau semua perkara seperti melakukan sekatan jalan raya bagi memeriksa sama ada seseorang telah lengkap divaksinasi.

Katanya, ia kini terletak pada tanggungjawab dan tingkah laku individu.

“Saya percaya kita boleh mendepani cabaran ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI