fbpx

APM Pahang perlukan pertambahan aset hadapi monsun timur laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE ADAM A. RAHMAN depan bersama anggotanya pada program 'retreat' kesiapsiagaan menghadapi monsun timur laut 2021/2022 peringkat APM Pahang di Ibu pejabat APM Pahang di Kuantan, semalam.

KUANTAN – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang memerlukan pertambahan aset bagi menghadapi bencana banjir dan ribut susulan monsun timur laut yang dijangka hujung tahun ini.

Pengarah APM Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, pada masa ini pihaknya memiliki 1,199 kekuatan anggota termasuk pegawai tetap dan anggota sukarelawan selain 110 aset termasuk 74 kenderaan air dan 36 kenderaan darat di seluruh negeri ini.

“Dari segi sumber manusia kita mencukupi namun dari segi logistik masih belum mencukupi dan masih memohon pertambahan daripada ibu pejabat dan kementerian.

“Pahang adalah negeri paling besar di semenanjung dan kejadian bencana seperti ribut serta banjir agak dinamik di negeri ini yang kita anggap sebagai cabaran yang perlu dihadapi,”katanya dalam sidang akhbar pada program ‘retreat’ kesiapsiagaan menghadapi monsun timur laut 2021/2022 peringkat APM Pahang di Ibu pejabat APM Pahang di sini, semalam.

Menurut Che Adam bagi menghadapi monsun timur laut pihaknya telah bersedia sepenuhnya dan telah mengatur penugasan anggota 24 jam.

Katanya, sebanyak 140 pangkalan hadapan serta 787 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga sudah dikenalpasti yang mana pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menghantar bekalan makanan ke pangkalan hadapan.

Beliau memberitahu proses penghantaran makanan ke pangkalan hadapan telah dimulakan dua minggu lalu di Ulu Tembeling, Jerantut dan lokasi seterusnya ialah di Pulau Tioman, Rompin pada minggu hadapan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI