fbpx

Anak bujang 8 tahun Diana Danielle tahu tanak nasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak aktres Diana Danielle iaitu Muhammad, 8, pandai tanak nasi hasil didikan pelakon tersebut.

PETALING JAYA – Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Barangkali itu apa yang ditegaskan selebriti popular, Diana Danielle dalam mendidik anak-anak terutama kesedaran mereka terhadap tanggungjawab melakukan kerja-kerja di rumah tanpa mengenal jantina.

Pemilik nama lengkap, Diana Danielle Danny Beeson itu menerusi satu ciapan dalam Twitter berkata, bahkan anak lelakinya yang berusia lapa 8 tahun juga faham peranannya melakukan kerja rumah.

“Pada usia lapan tahun, anak lelaki saya secara rasminya berperanan masak nasi, letak pinggan mangkuk di tempatnya, sediakan makanan dan masak sarapan (bawah pengawasan saya).

“Ya, anda boleh ajar seorang budak lelaki tanggungjawab bersama di rumah. Dia perlu makan juga, bukan? Justeru, dia patut tahu bagaimana untuk memasak demi meneruskan kehidupan. Perihal itu (yang sering dianggap kerja wanita) bukan satu benda yang berjantina,” ciapnya.

Tangkap layar ciapan yang dimuat naik Diana menerusi Twitter.

Ciapan yang ditinggalkan Diana, 29, itu menarik perhatian ramai netizen yang bersetuju dengan pandangan dilontarkannya.

“Keluarga saya ada budaya yang semua orang mempunyai tanggungjawab masing-masing. Semua orang boleh basuh pinggan dan baju kotor. Juga, semua orang boleh tukar tayar dan tukar mentol lampu.

“Tiada penetapan jantina untuk kerja rumah, setiap orang jalankan peranan masing-masing di rumah,” ciap seorang netizen sebagai tanda setuju tentang cara Diana membesarkan anak-anaknya.

Sehingga artikel ini ditulis, ciapan yang dimuat naik ibu kepada dua cahaya mata itu telah meraih 12,800 tanda suka dan 7,200 ulang kicau.

Acap kali dalam budaya masyarakat tempatan, kerja rumah dikaitkan sebagai satu peranan atau pekerjaan dikhaskan buat golongan wanita sedangkan realitinya, kerja-kerja di rumah boleh dilakukan tanpa klasifikasi untuk lelaki ataupun wanita. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI