fbpx

Amaran ribut petir di 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sembilan negeri termasuk Kuala Lumpur menerima amaran ribur petir dan hujan lebat pada petang ini yang dijangka berlarutan hingga pukul 7 malam nanti.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata,negeri lain yang menerima amaran sama antaranya ialah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah.

“Bagi Kedah, kawasan terlibat meliputi Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk serta Hilir Perak.

“Di Terengganu pula meliputi kawasan seperti Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terenganu serta Kuala Terengganu,” katanya tadi.

Jelasnya, Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Jerantut merupakan antara kawasan di Pahang yang diberi amaran ribut petir pada petang ini.

“Kawasan terlibat di Selangor pula antaranya Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling Jaya serta Hulu Selangor.

“Di Sabah, kawasan terlibat ialah Tawau dan Sandakan,” ujarnya.

Sebelum ini, amaran angin kencang sehingga 50 kilometer (km) sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Sarawak Utara, Sabah Barat dan Labuan serta Sabah Timur dalam tempoh esok sehingga Ahad.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI