PETALING JAYA- Impian orang ramai untuk pulang ke kampung dalam masa terdekat dilihat bakal tercapai selepas kadar individu dewasa lengkap menerima dua dos vaksin mencatatkan sebanyak 88.4 peratus setakat semalam.
Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), peratusan sebanyak 88.4 peratus itu melibatkan seramai 20,698,852 individu dewasa yang telah melengkapkan dua dos.
“Sebanyak 94.5 peratus pula melibatkan sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin bagi populasi dewasa.
“Jumlah pemberian dos vaksin harian pula sebanyak 224,034,” katanya tadi.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan terus mengumumkan kebenaran rentas negeri sebaik sahaja negara mencapai kadar vaksinasi sebanyak 90 peratus. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929