fbpx

42 kes varian Delta, Beta dikesan di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 42 kes varian Delta dan Beta dikesan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sejak akhir Julai lalu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, sebanyak 33 kes melibatkan varian Delta manakala baki sembilan merupakan varian Beta.

Beliau berkata, kes varian Delta tertinggi direkodkan di daerah Kuala Terengganu iaitu tujuh kes disusuli Kemaman (enam), Besut (lima), Dungun (empat), Marang dan Setiu (dua) serta Hulu Terengganu satu kes.

“Baki enam kes kemudian turut dikesan membabitkan kluster di daerah Kemaman dan Dungun.

“Varian Beta pula dikesan di daerah Hulu Terengganu sebanyak lima kes, Kuala Terengganu (dua) dan masing-masing satu kes di Marang dan Dungun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kasemani berkata, kadar kebolehjangkitan tinggi dan sifat virus varian berkenaan sentiasa berubah merupakan faktor penting perlu diberi perhatian rakyat.

Katanya, walaupun sudah lengkap vaksinasi, orang ramai tetap dinasihatkan terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI