fbpx

‘Syukur setiap hari ada tempahan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fathen Alia menunjukkan tempat letak kereta yang hampir kosong di rumahnya, di Kg. Darat, Padang Matsirat, Langkawi semalam.

LANGKAWI – Kalangan pengusaha kereta sewa di sini mula menarik nafas lega apabila sebahagian daripada mereka mendapat tempahan penuh sejak projek rintis gelembung pelancongan dilaksanakan di pulau peranginan ini pada 16 September lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati kebanyakan tempat letak kereta sewa di sini lengang apabila apabila hampir kesemua kenderaan disewa pelanggan.

Pengarah Global FAA Travel & Tours Sdn. Bhd., Fathen Alia Mohd. Hussain berkata, beliau berjaya mendapat sebanyak 22 tempahan pakej percutian dalam masa dua hari sebelum gelembung pelancongan bermula.

Menurutnya, kesemua tempahan itu bernilai kira-kira RM22,000 yang merangkumi pelbagai pakej percutian termasuk sewaan kereta yang ditawarkan oleh syarikatnya.

“Saya menggunakan wang tempahan tersebut untuk memperbaharui cukai jalan dan menyelenggara kereta yang sudah lama tidak digunakan.

“Jadi pada 16 September, ke­semua 21 buah kereta milik kami boleh beroperasi seperti biasa,” katanya ketika ditemui di Padang Matsirat di sini baru-baru ini.

Tambahnya, tempahan bagi kereta sewanya pada bulan ini sudah penuh dan turut menerima beberapa tempahan bagi bulan November dan Disember.

Seorang lagi pengusaha kereta sewa di sini yang merupakan Pengurus Muhibbah Empire, Mohamad Azzuddin Azmi berkata, keretanya juga habis ditempah sepanjang minggu pertama gelembung pelancongan.

“Sekarang tempahan akan penuh pada setiap hujung minggu sementara pada hari biasa akan ada tiga atau buah kereta sahaja yang tidak mempunyai penyewa.

Kosmo! pada 26 Jun lalu melaporkan industri perniagaan kenderaan sewa di pulau peranginan ini semakin kelam apabila hampir 100 pengusaha terpaksa menjual sebahagian kereta mereka ekoran ketiadaan pengunjung sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI