PETALING JAYA – Polis sedang mengesan saksi kemalangan maut melibatkan seorang lelaki tempatan di Kilometer 22.7 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang melibatkan sebuah motosikal jenis Honda RS150r.
“Siasatan awal mendapati, mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun. Mangsa dipercayai terbabas dan jatuh di atas jalan raya.
“Mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan telah dimasukkan ke zon kecemasan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohamad Fakhrudin berkata, mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia pada pukul 2.40 petang ketika menerima rawatan di hospital tersebut.
“Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339 bagi membantu siasatan,” jelasnya. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929