fbpx

PN Melaka sedia runding kerusi dengan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUN Melaka. - Gambar hiasan

Oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

MELAKA – Perikatan Nasional (PN) negeri sedia berunding dengan UMNO berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN).

Pengerusinya, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, perbincangan itu penting bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru.

Bagaimanapun, katanya, terpulang kepada UMNO sama ada mahu berunding atau sebaliknya.

“Kalau mereka (UMNO) enggan berunding, itu hak mereka. PN sentiasa terbuka untuk berunding.

“Keteguhan solidariti antara komponen-komponen PN menjadi kekuatan kami. Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan bertembung sesama sendiri,” katanya pada sidang akhbar PN Melaka di Ayer Keroh, di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI