fbpx

Penjual susu lembu maut depan hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
P. Daniel Nathan maut selepas merempuh sebuah Triton di hadapan Hospital Melaka, semalam.

MELAKA – Seorang penjual susu lembu maut selepas motosikal ditunggangi merempuh sebuah pacuan empat roda (4WD) di hadapan Hospital Melaka berhampiran Jalan Mufti Haji Khalil, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 petang itu, mangsa P. Daniel Nathan, 24, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan dari arah Bukit Palah menghala ke jejambat Tun Ghafar Baba.

“Siasatan awal di tempat kejadian, mangsa dan Mitsubishi Triton itu datang dari arah yang sama.

“Apabila tiba di lokasi, 4WD berkenaan telah berhenti di tepi lorong kiri dan tiba-tiba mangsa merempuh bahagian belakang sebelah kanan kenderaan tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan perubatan Hospital Melaka.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI