fbpx

Pencuri ‘sengkek’ larikan spoiler kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan tindakan dua individu bermotosikal melarikan spoiler sebuah kereta.

PETALING JAYA – Tindakan dua individu bermotosikal mematahkan ‘sayap belakang’ (spoiler) sebuah kereta sebelum melarikannya menerima kecaman daripada pengguna media sosial yang menyifatkan kejadian sebagai menyedihkan.

Menerusi satu muat naik video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) oleh pengguna bernama Ahmad Jamall, kelihatan dua lelaki yang mencurigakan telah menghampiri sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan tergesa-gesa.

Salah seorang daripada individu berkenaan kemudiannya turun dari motosikal dan segera mematahkan ‘spoiler’ kereta berkenaan yang diletakkan di hadapan sebuah rumah lalu merentapnya sebelum melarikan diri.

Menerusi rakaman CCTV tersebut, kejadian berlaku 1 Oktober lalu pada pukul 5.04 pagi bagaimanapun lokasi kejadian tidak dinyatakan.

Tindakan kedua-dua individu itu dikecam hebat oleh pengguna media sosial yang menyifatkan mereka sebagai terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

“Kesian dia, nak bergaya tapi tak mampu, benda macam tu pun nak curi. Kesian dia kan,” kata SirMzus Othman.

“Nak beli tak mampu lepas tu curi hak orang, hati jahat,” ujar Erisyah Ezri.

Tambah Eddie Teh, individu berkenaan mungkin mahu menjual semula spoiler berkenaan bagi mendapatkan wang.

“Benda ini ada harga, orang yang curi benda ni tahu lah,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI