fbpx

Pelajar lelaki kahwini guru 15 tahun lebih tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang menunjukkan kedua-dua pasangan suami isteri itu ketika bergelar murid dan guru serta selepas berkahwin. – Tiktok @adedaneva_881

JAKARTA – Seorang pemuda di Indonesia menjadi sensasi internet apabila mengahwini gurunya sendiri yang mempunyai perbezaan usia sekitar 15 tahun dengannya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi satu klip video yang tular dalam aplikasi TikTok, pelajar tersebut mengaku bahawa dia merupakan murid kepada isterinya itu pada tahun 2019 ketika dia masih menuntut di sekolah menengah.

Pemuda tersebut turut berkongsikan sekeping gambar yang dirakam bersama isterinya  pada tahun tersebut yang memaparkan dia memakai pakaian seragam sekolah.

Turut berdiri di sampingnya ialah isterinya yang ketika itu juga memakai seragam guru. 

Gambar seterusnya yang diambil pada tahun 2020 memaparkan kedua-dua mereka berada di sebuah taman bunga dengan gaya mesra.

Pemuda itu kemudiannya memuat naik gambar terbaharu  tahun ini yang memaparkan  mereka memakai pakaian pengantin serta bergambar di hadapan sebuah pelamin. Dia mengaku  bahawa mereka kini bergelar pasangan  suami isteri.

Video perkongsian itu menjadi tular dengan ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kagum dan gembira melihat kisah cinta tidak mengenal usia itu.

“Jodoh, maut, bukan kita yang tentukan kerana kita cuma menjalani hidup ini. Cinta tidak mengenal usia. Semoga terus berbahagia,” kata seorang netizen.

“Gurunya kelihatan muda walaupun berkahwin dengan muridnya, bahkan mereka nampak seperti sebaya. Dahsyat, abang!” komen seorang lagi pengguna. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI