fbpx

Netizen kecewa tudung senteng Wany Hasrita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wany Hasrita.

PETALING JAYA – Nama penyanyi Wany Hasrita tidak semena-mena menjadi bualan netizen yang rata-rata tidak bersetuju dan kurang senang dengan penampilannya mengayakan stail tudung singkat serta tidak menutup bahagian dada yang sebagaimana imejnya selama ini.

Menerusi hantaran terbaharu dalam Instagram, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 29, tampil dengan busana berona biru firus (turquoise) dengan gaya tudung yang kelihatan agak singkat selepas menjayakan sebuah program hiburan bersama rakan artis, Sophia Liana.

Rata-rata netizen dan peminat terkejut, bahkan ada yang kecewa dan marah dengan penampilan ‘terbaharu’ Wany. Masing-masing beralasan meminati penyanyi itu kerana sinonim dengan penampilan hijab labuh dan yang sentiasa menutupi bahagian dada sebelum ini.

Bahkan ada juga berprasangka penyanyi lagu Menahan Rindu terikut-ikut dengan trend semasa.

“Ini mesti mesti terikut-ikut. Nak merasa pakai tudung nampak dada, Moga cepat-cepatlah berubah daripada buruk kepada baik bukan sebaliknya.

“Kenal Wany dulu sebab very the (sangat) muslimah dengan tudung dan pakaian. Tapi sekarang, hmmm, boleh je sebenarnya request (minta) stail tudung yang labuh walaupun baju tu macam tu. Entah lah.

“Perasan juga, kenapa tudung dia singkat kali ni. Tak pernah tengok dia pakai tudung singkat macam ni. Saya lebih suka dia pakai tudung yang tutup dada.

“Dia idola aku. Tapi sekarang tudung pun dah singkat, rasa sedih pun ada,” tulis seorang netizen dengan nada kecewa.

Komen netizen yang sedih dan kecewa dengan penampilan tudung senteng Wany.

Tinjauan Kosmo! Online dalam Instagram Wany bagaimanapun tidak menemui sebarang komen balas atau reaksi peribadi daripada dirinya sendiri.

Terdahulu, Wany turut pernah dikecam selepas netizen menyamakan gaun berwarna merah jambu dan tudung putih yang digayakannya pada episod ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM35) Disember lalu tidak ubah seperti kuih apam dan putik kapas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI