fbpx

Muguruza julang Kejohanan Tenis Chicago Fall Classic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUGURUZA menampilkan aksi bertenaga ketika menumpaskan Jabeur untuk muncul juara Kejohanan Tenis Chicago Fall Classic semalam. – AFP

CHICAGO – Bekas pemain ran­king No.1 dunia, Garbine Muguruza tampil cemerlang apabila menjulang gelaran jelajah WTA keduanya tahun ini selepas berjaya menyingkirkan jaguh tenis Turki, Ons Jabeur pada Kejohanan Tenis Chicago Fall Classic semalam.

Muguruza yang turun selaku pemain pilihan kedua pada saingan itu dilihat sedikit tertekan apabila ketinggalan selepas tewas pada set pertama sebelum bangkit meraih kemenangan dengan keputusan 3-6, 6-3, 6-0.

“Selepas ketinggalan pada set pertama, saya tekad untuk me­ngubah rentak perlawanan pada set kedua. Jika saya berjaya mendapatkan kemenangan, saya ­yakin peluang untuk muncul juara itu cerah.

“Ketika dia turun di pentas final, saya harus berikan yang terbaik. Saya berikan segalanya dan akhirnya saya berjaya mengatasi Jabeur pada set ketiga,” kata Muguruza.

Pada saingan itu, Muguruza mara ke pentas final di Chicago selepas naib juara Sukan ­Olimpik, Marketa Vondrousova menarik diri akibat mengalami kecederaan.

Kemenangan pertama Muguruza pada tahun ini ketika ber­saing di Terbuka Dubai pada Mac lalu selepas berjaya menyingkirkan Barbora Krejcikova.

Hasil kemenangan tersebut, Muguruza juga berpeluang untuk layak ke Final WTA di Guadalajara, Mexico pada November dan dia bakal berada ranking No.6 dunia

Pada saingan tersebut, hanya lapan pemain terbaik di kedudukan ranking akan layak sertai aksi Final WTA. Ketika ini, Ashleigh Barty terlebih dahulu layak dengan menduduki tangga teratas dan diikuti Aryna Sabalenka di kedudukan kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI