fbpx

MOTAC seru orang ramai guna khidmat pengusaha pelancong berlesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pulau Langkawi mula dibuka kepada pelancong sejak 16 September lalu. Foto SHAHIR NOORDIN

PETALING JAYA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyeru orang ramai agar sentiasa menggunakan perkhidmatan pengusaha pelancongan yang berlesan dan berdaftar dengan pihak kementerian.

MOTAC dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan soal selidik yang dijalankan di Pulau Langkawi selama tiga hari bermula 1 Oktober lalu, terdapat pelancong yang menggunakan khidmat pengusaha pelancongan yang tidak berlesen dan tidak berdaftar dengan MOTAC.

“Sebahagian besar dilihat lebih cenderung untuk membuat tempahan tiket pengangkutan, penginapan dan tiket lawatan secara persendirian.

“Pengusaha-pengusaha yang tidak berlesen dinasihat untuk memohon lesen dengan MOTAC bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan dikenakan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pasukan Penguatkuasaan MOTAC telah menjalankan pemantauan terhadap aktiviti Pelancongan Domestik di Pulau Langkawi selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Oktober lepas.

“Ia bertujuan untuk memberi mesej kepada para penggiat industri pelancongan bahawa MOTAC sentiasa memberi penekenan terhadap aspek penguatkuasaan serta pematuhan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) dari semasa ke semasa.

“Fokus pemantauan adalah untuk melihat sejauh mana Tour Operating Business & Travel Agency Business (TOBTAB) patuh terhadap prosedur operasi standard (SOP) yan ditetapkan di samping mendapatkan reaksi orang ramai melancong dalam suasana norma baharu,” ujarnya.

Tambahnya, pasukan penguat kuasa turut meninjau premis-premis pelancongan bagi melihat perkembangan terkini perniagaan yang dijalankan serta turut memaklumkan kemudahan-kemudahan dan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan melalui MOTAC sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pelaksanaan aktiviti pemantauan SOP ini juga bertujuan untuk memastikan Keluarga Malaysia dapat melancong ke Pulau Langkawi dengan selamat dan secara tidak langsung membantu menjana semula pendapatan negara melalui pelancongan domestik selaras dengan sasaran mencapai kehadiran seramai 400,000 pelancong ke Pulau Langkawi sehingga Disember ini.

“Kejayaan Gelembung Pelancongan Langkawi ini boleh dijadikan penanda aras untuk membolehkan destinasi-destinasi pelancongan yang lain mengadaptasikan SOP dan kaedah pengurusan yang baik setelah negara mencapai kadar vaksinasi lengkap penduduk dewasa sebanyak 90 peratus,” katanya.

Jelasnya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat atau perkembangan terkini melalui laman web rasmi MOTAC di www.motac.gov.my. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI