fbpx

Marquez kembali ‘tunggangan emas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ (tengah) gembira ketika meraikan kejayaannya menjuarai GP Americas bersama pasukannya di Litar Americas awal pagi kelmarin.

AUSTIN, Texas – Juara dunia enam kali kejuaraan Motosikal dunia (MotoGP), Marc Marquez dilihat kembali dengan ‘tunggangan emas’ selepas menjuarai Grand Prix (GP) Americas malam kelmarin sekali gus merekodkan kejayaan kali ketujuh di Litar Americas awal pagi kelmarin.

Pelumba Sepanyol itu telah menjalani tiga pembedahan tahun lalu dan dilihat bergelut untuk mendapat rentak perlumbaan musim ini sekali gus menyifatkan kemenangan di Austin sebagai hari Ahad yang sempurna.

Pada perlumbaan tersebut, Marquez yang memulakan saingan dari petak ketiga memecut laju sebaik cabaran bermula dan terus mendominasi saingan meskipun pendahulu ke­seluruhan, Fabio Quartararo cuba mengejar pelumba Honda tersebut.

Marquez terus cemerlang menawan Austin dan langsung tidak membuka ruang kepada Quartararo yang terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat kedua, diikuti Francesco Bagnaia dari Ducati, ketiga.

“Mengikut perancangan awal, saya bertekad untuk berada di kedudukan paling depan bagi mengetuai perlumbaan dan akhir­nya saya berjaya melakukannya.

“Ia satu permulaan yang sempurna terutama di selekoh pertama. Saya cuba untuk mengawal perlumbaan dan seterusnya melebarkan jarak dengan Quartataro.

“Saya gembira dengan prestasi jentera sehingga penghujung perlumbaan. Sukar untuk menjelaskan keadaan fizikal saya ketika itu kerana segalanya berjalan dengan sempurna.

“Apa pun, Quartararo menunggang dengan konsisten sepanjang perlumbaan tersebut,” kata Marquez.

Hasil keputusan itu, Quartararo kini semakin hampir untuk menjulang gelaran dunia sulungnya selepas mengumpul 254 mata dan meninggalkan Bagnaia di kedudukan kedua dengan 52 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI