fbpx

Mark Zuckerberg mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg memohon maaf susulan gangguan teknikal yang dialami platform media sosial berkenaan termasuk Instagram, aplikasi WhatsApp serta Messenger semalam.

Mark menerusi satu kemas kini status di Facebook berkata, kesemua platform media sosial dan aplikasi berkenaan kini telah kembali online tanpa sebarang masalah dan menyedari kepentingan untuk kekal berhubung dengan orang tersayang.

“Facebook, Instagram, Whatsapp dan Messenger telah kembali beroperasi sekarang. Maaf kerana gangguan yang dialami hari ini (semalam).

“Saya tahu betapa anda semua bergantung pada perkhidmatan kami untuk kekal berhubung dengan orang tersayang,” ujar kemas kini berkenaan hari ini.

Tangkap layar permohonan maaf Mark di laman Twitter.

Terdahulu, Facebook telah mengalami gangguan teknikal selama hampir enam jam yang mengakibatkan pengguna di seluruh dunia gagal mengakses akaun mereka.

“Kami menyedari ada pengguna yang mengalami masalah untuk mengakses aplikasi dan produk kami. Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin dan memohon maaf di atas kesulitan yang dialami.

“Kepada komuniti besar perniagaan di seluruh dunia yang bergantung kepada kami, kami memohon maaf dan sedang berusaha keras untuk mengembalikan akses kepada aplikasi dan servis kami dan ia dilaporkan sedang kembali online sekarang. Terima kasih kerana setia dengan kami,” kata Facebook menerusi satu ciapan di laman Twitter awal pagi tadi.

Tinjauan di laman Twitter mendapati, masalah teknikal tersebut kini menjadi ‘trending’ di seluruh dunia dengan pelbagai tanda pagar seperti #internetshutdown, #facebookdown dan #MarkZuckerber yang mana digunakan oleh orang ramai untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka.

Sementara itu, susulan gangguan teknikal tersebut, Mark Zuckerberg yang juga pemegang saham terbesar syarikat sosial media berkenaan terpaksa menganggung kerugian sebanyak AS$5.9 bilion seperti yang dilaporkan Forbes apabila saham Facebook menjunam sebanyak 5 peratus. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI