fbpx

Maqis rampas 90 pokok tanduk rusa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian pokok tanduk rusa yang dirampas Maqis di Kompkeks ICQS Bukit Kayu Hitam, semalam.

BUKIT KAYU HITAM – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis) menggagalkan cubaan menyeludup 90 pokok tanduk rusa dari Thailand di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini semalam.

Pegawai penguat kuasa Maqis menemui pokok tersebut disembunyikan di bawah timbunan sayur-sayuran selepas melakukan pemeriksaan ke atas sebuah lori pada pukul 4.27 petang.

Maqis Kedah dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua pokok tersebut cuba dibawa masuk tanpa permit import Maqis.

“Kesemua barang dagangan yang dianggarkan bernilai RM4,500 itu ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kegagalan untuk mengemukakan permit import yang sah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI