fbpx

Pukul rakan sampai mati tak puas hati soal upah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESAN kebakaran pada motosikal milik mangsa selepas dipercayai dibakar oleh suspek dalam pergaduhan melibatkan dua warga Kemboja itu di Kampung Penambang, Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU – Seorang buruh binaan meninggal dunia selepas dipercayai dipukul rakannya ketika berselisih faham mengenai pembayaran upah pembaikan tandas di Kampung Penambang di sini kelmarin.

Mangsa, Sovann Arozak, 40, yang juga warga Kemboja disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini pada pukul 11 pagi semalam selepas hampir 12 jam bertarung nyawa di hospital berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, pergaduhan mangsa dan rakannya dipercayai berlaku di hadapan sebuah rumah di Kampung Penambang di sini malam kelmarin.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham antara mangsa dan suspek berhubung pembayaran upah pembaikan tandas.

“Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa cedera di kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

“Polis sudah mengenal pasti suspek dan usaha memburunya giat dijalankan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI