fbpx

Laman web Covidnow penanda aras perkongsian KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjadikan laman web, https://covidnow.moh.gov.my sebagai penanda aras bagi perkongsian data penyakit lain pada masa akan datang.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Dr. A. Maheshwara Rao berkata, buat masa ini, web terbabit menjadi tempat perkongsian semua data berkaitan Covid-19 yang boleh dibaca dan dianalisis sekali gus menjadi saluran penting kepada semua kerana ia dari KKM.

“Melihat kejayaan web terbabit, ia menjadi penanda aras kepada KKM. Perkara seumpama ini sangat penting kerana melalui data yang lengkap, kami sebagai doktor boleh menganalisisnya bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

“Sebelum ini data Covid-19 dikongsikan secara konvensional melalui kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah tetapi kita menyedari, semua data itu perlu bersifat mampan yang boleh dikongsikan secara meluas,” katanya hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI