KUANTAN – Pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan akademik kecemerlangan emas yang bakal dibuka pada pertengahan Januari tahun depan akan melahirkan lebih ramai tukang emas terutama dalam kalangan belia.
Pengerusi Koperasi Muafakat Makmur Berhad (Ko-Makmur), Datuk Hishamuddin Abdullah berkata kerjaya sebagai tukang emas mendapat permintaan tinggi dalam pasaran kerja selain menawarkan pendapatan lumayan.
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/10/WhatsApp-Image-2021-10-05-at-11.26.42.jpeg)
“Potensi dalam industri emas sangat besar malah mampu menembusi pasaran antarabangsa termasuk Dubai, Hong Kong, dan Singapura.
“Jadi kerjaya dalam bidang emas sangat menarik dan akademi ini akan melahirkan lebih ramai pelapis dalam bidang ini,”katanya dalam sidang akhbar di pejabat SIRIM Berhad, di sini, semalam.
Menurut Hishamuddin, pihaknya akan mula membuka pengambilan untuk belia yang berminat pada Februari atau Mac depan yang mana mereka akan menjalani latihan di akademi itu selama tiga bulan.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929