fbpx

Kriti Sanon tolak babak berbikini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KRITI SANON

BIARPUN telah berkecimpung dalam dunia perfileman Bollywood seawal usia lapan tahun, aktres Kriti Sanon mengakui tidak pernah berasa selesa dan enggan untuk melakonkan watak

yang memerlukan dirinya tampil dengan imej terlalu seksi

Tambah bintang berusia 31 tahun itu, dia juga akan menolak tawaran yang memaksanya mengenakan pakaian renang atau berbikini.

“Saya pernah menghadiri satu sesi uji bakat dan ditanya sama ada saya boleh berenang atau tidak?

“Saya menjawab ‘ya’. Tetapi saya meletakkan syarat asalkan tidak perlu memakai pakaian renang,” katanya.

Ujar pelakon filem Heropanti itu lagi, dia berasa tidak selesa untuk tampil dengan imej terlalu seksi kerana tidak mahu dilihat sebagai objek seksual dalam kalangan lelaki mahupun penonton secara umum.

Tegas dengan pendekatan dan syarat- syarat tersendiri, pelakon yang baru-baru ini meledak menerusi filem Netflix, Mimi itu tetap ‘laris’. Pesona bakat dan kejelitaan miliknya mudah mempengaruhi sesiapa sahaja.

Buktinya, Kriti kini sedang sibuk menjayakan empat buah projek filem yang turut dibarisi pelakon handalan, antaranya Varun Dhawan, Bachchan Pandey, Akshay Kumar dan Shehzada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI