fbpx

Jualan Proton bulan lalu atasi angka 10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua model terbaharu Proton, Persona dan Iriz yang dilancarkan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Syarikat kereta tempatan, Proton berjaya menjual sebanyak 10,380 unit kenderaan pada September lalu, iaitu bulan pertama selepas berakhirnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Prestasi tersebut membolehkan Proton mengekalkan kedudukan kedua dalam kalangan pengeluar kenderaan di negara ini, dengan anggaran pegangan pasaran tahun ini sekitar 23 peratus, berbanding 20.7 peratus untuk keseluruhan tahun 2020.

Model Proton Saga terus memacu jualan dengan 3,907 unit terjual pada September, diikuti model kenderaan utiliti sukan (SUV), X50 dan X70, masing-masing pada 2,431 dan 1,577 unit.

Proton Persona dan Iriz 2022 yang baharu dilancarkan turut mencatatkan prestasi memberangsangkan, dengan 1,440 unit terjual untuk Persona dan 749 unit bagi Iriz.

Roslan

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, Proton sebenarnya mampu menjual lebih daripada 10,380 unit, namun proses pemulihan pandemik masih memberi kesan kepada pembekal-pembekal dalam industri automotif.

“Situasi kini bertambah baik, tetapi kekurangan bekalan cip dan komponen lain adalah isu yang tidak akan selesai dalam masa yang singkat jadi kami harus berhati-hati apabila membuat anggaran jualan kerana kapasiti produksi tertakluk kepada perubahan semasa.

“Bagi tiga bulan terakhir tahun ini, Proton akan menumpukan perhatian untuk menyerahkan sebanyak mungkin kenderaan kepada pelanggan yang telah mebuat tempahan.

“Menyelesaikan masalah permintaan yang tertangguh akan membolehkan lebih banyak jualan pada tahun hadapan dan membantu kami maju ke hadapan dengan perancangan untuk meluaskan lagi rangkaian produk yang boleh diberikan kepada pasaran tempatan serta eksport,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI