fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 9 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberpa kawasan di sembilan buah negeri sehingga pukul 9 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, antara negeri terlibat ialah seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

“Di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak manakala di Selangor pula di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat serta Sepang.

“Bagi negeri Kelantan pula hujan lebat dijangka berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Di Terengganu pula keadaan cuaca sama diramal melanda di kawasan Besut,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, keadaan hujan lebat turut diramal di Johor di Batu Pahat, Pontian, Kulai serta Johor Bahru, manakala di Sarawak di Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat) dan Miri (Subis dan Miri). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI