fbpx

Eksesais bersama Gold 2021 tanpa bersentuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yazid (tengah), bersama wakil lima negara yang menyertai Eksesais Bersama Gold 2021 di HQIADS, Butterworth hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Eksesais Bersama Gold 2021 di bawah Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat tanpa melibatkan sebarang bentuk sentuhan.

Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Yazid Arshad berkata, kaedah sidang video di antara peserta digunakan sepenuhnya bagi sebarang perbincangan dan peserta hanya bertemu di kawasan eksesais di laut yang telah ditetapkan.

“Sebagai negara yang diberi tanggungjawab untuk eksesais kali ini, Malaysia mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan aspek keselamatan dipatuhi dan kesihatan peserta yang terlibat diberi perhatian.

“Bersesuaian dengan norma baharu, ia tidak melibatkan sentuhan dan semua aktiviti dirancang dengan sebaiknya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pembukaan Eksesais Bersama Gold 21 di Auditorium Headquarters Integrated Air Defense System (HQIADS) di Butterworth di sini.

Turut hadir secara sidang video ialah Komander HQIADS Geoffrey Harland.

Eksesais itu berlangsung bermula 8 Oktober lalu sehingga 18 Oktober ini.

Menurutnya lagi, eksesais itu dilaksanakan sebagai signifikan sempena ulang tahun ke-50 FPDA dan Malaysia diberi penghormatan sebagai tuan rumah.

“Aset yang terlibat adalah 25 buah pesawat pejuang, (enam) pesawat bantuan, (enam) helikopter, (10) kapal perang dan (sebuah) kapal selam di kawasan Zon Eksklusif Ekonomi Malaysia di Laut China Selatan.

“Selain itu, ia turut melibatkan lebih 2,000 anggota tentera dari negara-negara peserta termasuk Malaysia, Australia, New Zealand, Singpura dan United Kingdom,” katanya lagi. – K! ONLNE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN