KOTA BHARU – Dua buah pusat pengajian yang dijadikan sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di daerah ini dijangka akan ditutup dalam masa terdekat sebagai persediaan awal kemasukan pelajar pada awal bulan depan.
Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Mohd. Zurairie Mohd. Zubir berkata, dua pusat pusat kuarantin itu adalah PKRC Sekolah Menengah Kebangsaan Salor dan Institut Latihan Perindustrian, Pengkalan Chepa di sini.
Menurutnya, selepas dua buah PKRC itu ditutup, pesakit Covid-19 di daerah ini akan dihantar ke 15 buah pusat kuarantin lain di negeri ini.
“Setakat ini, seramai 1,649 pesakit tahap tiga dan ke atas masih berada di 17 PKRC di negeri ini dengan kadar kemasukan harian seramai 214 orang pesakit.
“Bagi pesakit bergejala yang dikategorikan jangkitan tahap satu dan dua, mereka dibenarkan untuk menjalani tempoh kuarantin di rumah masing-masing. Setakat ini, lebih 70 peratus pesakit Covid-19 menjalani kuarantin kendiri di rumah,” katanya.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929