MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron memberi bayangan dua lagi wakil rakyat daripada UMNO akan mengikut jejak langkahnya dalam tempoh terdekat.
Menurut beliau, kedua-dua ADUN terbabit dijangka berbuat demikian sekali gus membuktikan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali telah kehilangan majoriti.
“Akan ada sejumlah dua ADUN lagi akan bersama kita, tapi ini masih lagi di peringkat perbincangan,” kata beliau.
Ditanya mengenai identiti dua individu tersebut, Idris hanya memaklumkan mereka terdiri daripada ADUN UMNO.
Dengan penyertaan dua lagi ADUN tersebut, Idris mendakwa Pakatan Harapan (PH) mempunyai kelebihan majoriti sebanyak 17 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929