fbpx

Dua kapal tangki asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal tangki yang berdaftar di Hong Kong ditahan pada pukul 10.45 pagi di kedudukan 9.3 batu nautika timur Tanjung Lompat, Kota Tinggi, Johor semalam.

KOTA TINGGI – Dua buah kapal tangki berdaftar di Hong Kong dan Thailand ditahan selepas disyaki bersauh secara haram di perairan Johor Timur dalam Operasi Jangkar Haram semalam.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, dua kapal tersebut ditahan setelah kedua-dua nakhoda kapal telah gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.

Katanya, kapal tangki pertama yang berdaftar di Hong Kong ditahan pada pukul 10.45 pagi di kedudukan 9.3 batu nautika timur Tanjung Lompat dan ia dikendalikan 17 kru warga China dan Myanmar, berumur antara 24 hingga 51 tahun serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Manakala kapal tangki kedua pula berdaftar di Thailand, ditahan pada pukul 11.44 pagi di kedudukan 20.1 batu nautika timur laut Tanjung Siang.

“Kapal berkenaan dikendalikan 16 kru warga Thailand berumur antara 26 hingga 57 tahun, serta turut mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,”katanya dalam kenyataan hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI