fbpx

Bukan sengaja terjun kereta tapi terkena gangguan – Pemandu Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang disiarkan di laman Youtube Amirul Syakir.

PETALING JAYA – “Bukan pasangan bercinta bergaduh tetapi kena gangguan”

Itulah perkongsian seorang pemilik kereta Myvi yang tular didakwa bergaduh dengan kekasih sehingga menyebabkan wanita berkenaan nekad untuk terjun dari kereta.

Menerusi pengakuan yang dibuat melalui saluran Youtube Amirul Syakir semalam, dia menafikan mereka pasangan kekasih dan menjelaskan wanita tersebut terkena gangguan semasa dalam perjalanan untuk mencari barang.

“Di sini saya jelaskan kami bukan pasangan bercinta dan hanyalah rakan sekerja, ketika itu kami keluar mencari barang-barang untuk buat ‘content’.

“Ketika itu dia terkena gangguan sehingga suaranya berubah, semasa saya tengah bawa kereta dia menjerit meracau-racau dan tak tahu nak buat apa, ketika itu saya tekan lampu isyarat kecemasan sebab nak selamatkan keadaan,” katanya semalam.

Tangkap layar video tular memaparkan seorang wanita bertindak terjun daripada kereta selepas dipercayai bergaduh dengan pasangannya.

Tambahnya lagi, ketika kejadian dia tidak sempat untuk menarik rakannya itu kerana kejadian berlaku terlalu pantas.

Berita berkaitan: [VIDEO] Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta

“Waktu itu pintu kereta terbuka dan saya tidak sempat tarik dia sebab pakai ‘seat belt’, tiba-tiba dia hilang.

“Rupa-rupannya dia dah di seberang jalan dan selepas itu baru saya tutup pintu dan matikan lampu isyarat kecemasan terus buat pusingan U untuk mencarinya,” jelasnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial mendoakan kesihatan wanita tersebut dan ada juga yang menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan klip video terbabit tanpa usul periksa.

“Anggap sahaja ia sebagai ujian dari Allah atas dosa-dosa yang kita lakukan selama ini, belajar memahami dan terima dengan hati terbuka mugkin dengan ujian yang di beri salah satu jalan untuk dekatkan diri kepada Allah,” kata Mentadak Mentadu.

“Sekarang ini fitnah mudah sangat berleluasa. Belum siasat dah sebarkan, semoga keknan dan keluarga dipermudahkan urusan. Anggap benda ini ujian dari Allah S.W.T,” jelas Syahaddah Nik Nor.

“Semoga kalian dipermudahkan segala urusan, buat wanita itu saya doakan semoga awak sihat dan dijauhi segala penyakit atau buatan orang,” ujar Aqillah Balqis.

Terdahulu Kosmo! melaporkan tentang kejadian pasangan yang didakwa sedang bergaduh dengan kekasih sehingga membuatkan wanita itu nekad untuk terjun dari kereta – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI