PETALING JAYA – Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di enam buah negeri sehingga pukul 5 petang nanti.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, amaran itu melibatkan seluruh Putrajaya, dan Kuala Lumpur.
“Di Perak melibatkan kawasan di Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Selangor di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.
“Di Pahang antara kawasan yang terjejas ialah di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera, sementara itu, di Negeri Sembilan di Jempol,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929