fbpx

19 ekor lembu mati dipanah petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 19 ekor lembu mati bergelimpangan dipercayai dipanah petir dalam ladang sawit di RKT Kesedar Paloh 2, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Seorang penternak mengalami kerugian hampir RM100,000 selepas 19 ekor lembu ternakannya mati dipanah petir di kawasan ladang sawit Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 2 di sin semalam.

Pemilik haiwan ternakan itu, Mohd. Sharulafizam Johari, 31, berkata, kejadian tersebut berlaku dipercayai kira-kira pukul 10 malam ketika petir dan hujan lebat.

Menurutnya, dia menternak sebanyak 49 ekor lembu yang dilepaskan berkeliaraan dalam kawasan ladang sawit berkenaan.

“Saya menyedari kejadian itu selepas masuk ke ladang itu untuk melihat ternakan lembu pada pukul 7.30 pagi tadi.

“Saya amat terkejut apabila melihat sekumpulan lembu ternakan sudah mati bergelimpangan tidak jauh antara satu sama lain berhampiran pokok kelapa sawit,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mohd. Sharulafizam berkata, dia percaya 19 ekor lembu ini mati ketika mereka berkumpul di bawah sebatang pokok kelapa sawit sebelum dipanah petir,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI