fbpx

181,704 kompaun langgar SOP bernilai RM72.72 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM72.72 juta nilai kompaun berikutan pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) direkodkan sejak tahun lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, nilai tersebut merupakan kompaun yang direkodkan sehingga 31 Ogos lalu.

“Jumlah bilangan kompaun melanggar SOP yang dikeluarkan sejak 2020 hingga kini ialah 181,704 kompaun,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Teh Kok Lim (PH-Taiping) tentang bilangan dan nilai kompaun melanggar SOP yang telah dikeluarkan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI