fbpx

Wang jualan kuih 11 bulan penuh satu tong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eril menunjukkan wang hasil tabungannya selepas 11 bulan. – TikTok @eril_cikas

JAKARTA – Seorang peniaga kuih di Indonesia menjadi tular kerana berkongsi video yang memaparkan wang simpanannya hasil daripada jualan selama 11 bulan telah terkumpul menjadi 167 juta rupiah (RM48,838), lapor laman berita Suara.com kelmarin.

Berdasarkan video yang dimuat naik di TikTok, lelaki yang dikenali sebagai Eril itu menunjukkan wang simpanannya yang disimpan di dalam sebuah baldi.

“Alhamdulillah, kira-kira 11 bulan menabung, akhirnya saya dapat mengira wang ini di hadapan kedua-dua ibu bapa,” katanya.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang dimuat naik sebelum ini, Eril menunjukkan dia sedang menggoreng kuih dalam kuantiti yang banyak dengan menggunakan peralatan memasak tradisional.

Bagaimanapun menurut lelaki itu, dari semasa ke semasa, dia menyimpan wang hasil jualannya dan mampu membeli sebuah kedai hasil usaha titik peluhnya.

Perkongsian Eril menjadi tular dengan ramai netizen mengakui berasa terinspirasi dengan usahanya itu.

“Meremang bulu roma saya melihatnya. Hebat dan mantap. Semoga terus memberikan inspirasi,” kata seorang netizen.

“Semoga terus diberkati. Saya juga teringin untuk mendapat hasil daripada sikap menabung seperti itu,” komen seorang lagi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI