fbpx

Tengku Zafrul nafi ada kaitan Capital Investment (Labuan) Limited

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan masih mempunyai kaitan dengan Capital Investment (Labuan) Limited sebagaimana dilaporkan dalam artikel terbitan portal Malaysiakini hari ini.

Beliau menjelaskan, perkara tersebut terlebih dahulu telah dimaklumkan kepada Malaysiakini yang menerbitkan artikel bertajuk ‘Politicians, Ministers and M’sian Uber Rich Revealed in Latest Offshore Leak’ berkenaan.

Menurutnya, beliau telah memegang jawatan Pengarah Kumpulan dan ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kenanga Holdings Berhad dari Januari 2009 hingga Jun 2010.

“Melalui jawatan ini, saya juga telah dilantik sebagai pengarah di beberapa anak syarikat atau syarikat bersekutu Kumpulan Kenanga, termasuk di Capital Investment Bank (Labuan) Limited.

“Pada bulan Jun 2010, saya telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Maybank Investment Bank Bhd. dan telah melepaskan kesemua pelantikan saya sebagai eksekutif dan pengarah di dalam Kumpulan Kenanga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel tersebut menggunakan maklumat terkandung dalam Pandora Paper iaitu dokumen pendedahan yang diperoleh Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).

Menurut Tengku Zafrul, walaupun Malaysiakini telah dimaklumkan pejabatnya mengenai peletakan jawatan itu, portal berkenaan tetap menerbitkan artikel tersebut.

“Artikel itu membabitkan nama saya dengan memberi gambaran bahawa saya masih mempunyai kaitan dengan Capital Investment (Labuan) Limited, walhal ia adalah sebahagian daripada Kumpulan Kenanga.

“Saya telah merujuk perkara ini kepada peguam saya untuk mendapatkan nasihat lanjut dan tindakan susulan yang sewajarnya,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI