fbpx

Solskjaer berang aksi lembik pemain United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIAL (kanan) membuka tirai jaringan buat United, namun mereka terpaksa akur apabila diikat Everton 1-1 pada aksi di Old Trafford kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solsk­jaer berang dengan aksi yang dipamerkan oleh para pemainnya selepas dihukum dengan gol penyamaan Everton untuk mereka terikat 1-1 pada aksi di Old Trafford kelmarin.

Anthony Martial meletakkan United di hadapan selepas meledak gol pembukaan pada peng­hujung separuh masa pertama, namun Everton berjaya mengikat kedudukan menerusi Andros Townsend pada minit ke-65.

Bagaimanapun, gol pe­nyamaan mengundang kemarahan Solskjaer yang menyifatkan ia berlaku ekoran kecuaian dan kegagalan pemainnya menghalang gerakan pemain lawan dengan lebih awal.

Situasi itu bermula apabila Bruno Fernandes mengambil sepakan penjuru yang lemah sebelum Fred gagal menyaingi Demarai Gray, manakala Luke Shaw, Aaron Wan-Bissaka dan ­Raphael Varane gagal menghalang pergera­kan Abdoulaye Doucoure dan Townsend.

“Kami mempunyai cukup pemain untuk menghalang bola dan pergerakan pemain lawan tetapi kami telah membuat keputusan yang silap menyebabkan gol itu akhirnya menghukum kami. Serangan balas pantas itu nyata berhasil untuk Everton.

“Kami sepatutnya menghadapi situasi itu dengan lebih baik. Ia serangan balas pantas yang kami sepatutnya mampu menangani­nya dengan mudah tetapi pemain telah membuat kesilapan besar,” katanya.

Selain itu, Solskjaer juga tidak berpuas hati dengan cara pemainnya beraksi apabila lebih gemar menguasai bola berban­ding melakukan serangan dan percubaan yang berbahaya ke arah gawang lawan.

“Kami menguasai 75 peratus penguasaan bola, namun kami hanya berjaya melakukan satu percubaan yang menghasilkan gol dan selepas itu kami hilang naluri untuk mendapatkan gol kedua,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI