fbpx

Rita Rudaini kongsi sejarah nama ‘Airit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rita berkongsi sejarah nama 'Airit".

PETALING JAYA – Pelakon sensasi Rita Rudaini berkongsi kisah sehelai jersi dan asal usul nama anak sulungnya, Airita tau nama lengkapnya Airit Rayyan Rizqin, 12, yang tertera di belakang jersi tersebut.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Rita, 44, memberitahu dia terjumpa sehelai jersi lama yang tertera nama Airit ketika sedang mengemas baju lama di rumah sebelum mendedahkan kisah disebalik jersi tersebut.

“Ceritanya, tadi tengah kemas-kemas baju lama nak beri pada orang. Terjumpa jersi lama. Tunjuk pada Ryyan dan Juna (Airit Qaqa Arjuna).

“Tahu tak, ini jersi tahun bila? Inilah jersi masa mommy dan daddy (bekas suami, Aidil Zafuan) mula bercinta. Daddy main (bola sepak) dengan Negeri Sembilan. Daddy buat jersi Negeri Sembilan untuk mommy dan sambung nama daddy (Aidil) dan Mommy (Rita), jadilah Airit,” jelasnya.

Tambah pemilik nama lengkap Rita Rudaini Mokhtar itu lagi, disebabkan jersi yang tertera nama Airit itu, dia telah dihubungi seseorang daripada pihak penmgurusan pasukan bola sepak negeri Sembilan untuk bertanyakan tentang maksud nama tersebut.

“Itulah sejarah bermulanya nama Airit. Hebat tak hebat cinta mommy dan daddy sampai rentas benualah.

“Teruja depa (anak-anak) dengar. Sebab Ryyan kata lamanya nama ini,” kata Rita.

Sekadar info, Rita berkahwin dengan Aidil, 33, pada 2008, namun bercerai September 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, yang kini berada di bawah jagaan Rita. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI