fbpx

Polis ambil keterangan saksi kes kasari kanak-kanak OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang mengalami lebam pada muka selepas didakwa dicederakan di pusat berkenaan.

AMPANG JAYA – Seramai lima orang saksi telah dipanggil polis untuk dirakamkan percakapan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pengurus pusat asuhan mengasari kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) di Bandar Baru Ampang di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, setakat ini seramai dua orang saksi telah dirakamkan percakapan mereka.

“Pada hari ini, pihak polis telah memanggil lagi tiga orang saksi untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kes masih lagi di dalam siasatan pihak polis dan ia akan dilengkapkan sebelum dimajukan ke pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan seorang wanita warga asing berusia 51 tahun yang juga merupakan pengurus di sebuah pusat asuhan ditahan polis selepas didakwa mengasari seorang kanak-kanak OKU di bawah jagaannya.

Tangkapan dibuat selepas bapa mangsa membuat laporan polis apabila menemui beberapa kesan lebam pada bahu kiri dan kedua-dua belah mata anaknya yang berusia 6 tahun 9 bulan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI