fbpx

Pengawal keselamatan hilang ketika jejak pencuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan keselamatan pelbagai agensi melakukan operasi SAR bagi menjejaki Muhammad Shahrizuan yang dilaporkan hilang ketika mengejar pencuri dalam kejadian di Ladang Ulu Remis, Layang-Layang, Kluang, Johor hari ini.

KLUANG – Seorang pengawal keselamatan dilaporkan hilang dipercayai ketika menjejaki pencuri buah kelapa sawit dalam kejadian di Ladang Ulu Remis, Layang-Layang di sini hari ini.

Kehilangan mangsa, Muhammad Shahrizuan Pairon, 22, disedari rakan setugasnya kira-kira pukul 12.15 pagi tengah malam tadi setelah gagal menghubunginya.

Muhammad Shahrizuan

Menurut bapa saudara mangsa, Adanan Baharudin, 61, anak saudaranya itu sempat melaporkan berlaku kes kecurian buah kelapa sawit pada pukul 7.22 petang semalam melalui aplikasi WhatsApp kumpulan kerjanya.

“Rakan sekerja Muhammad Shahrizuan mendapati pagar di ladang berkenaan telah dipecahkan tetapi palangnya dalam keadaan bertutup.

“Mereka mencari anak saudara saya namun tidak menjumpainya termasuk motosikal jenis Honda Wave miliknya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Adanan berkata, setelah rakan setugas menyedari kehilangan Muhammad Shahrizuan, dia terus melaporkan kejadian itu kepada majikan sebelum operasi mencarinya dihentikan sementara pada 3 pagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, sehingga kini operasi berkenaan masih diteruskan.

Jelasnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), polis bantuan Sime Darby dan orang awam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,”katanya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI