KUALA LUMPUR – Akibat mengabaikan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan sehingga patah tulang belakang badan tahun lalu membawa padah apabila dia dipenjara setahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman penjara dan denda itu terhadap Azlina Lizawati Ahmad Tarmizi, 37, selepas wanita itu menukar kepada pengakuan bersalah pada sebutan sebutan semula kes itu.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh jatuh hukum hari ini dan penjara dua bulan lagi sekiranya jumlah denda itu gagal dibayar.
Selain itu tertuduh turut diperintah bon berkelakukan baik dengan cagaran RM5,000 selama tiga tahun dan perlu menjalani khidmat masyarakat dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah 180 jam.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa wanita itu didakwa sebagai pengasuh telah melalukan pengabaian terhadap seorang bayi lelaki berusia 11 bulan sehingga menyebabkan kecederaan terhadap bayi itu tersebut iaitu patah tulang belakang.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Desa Tun Hussein Onn, Jalan Jelatek di sini antara pukul 7 pagi hingga 10 pagi pada 23 Julai 2020 yang didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shahieza Md. Hazaid memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dengan mengambil kira kecederaan serius yang dialami mangsa.
“Tertuduh merupakan pengasuh yang tidak berdaftar dengan JKM dan tidak mempunyai sebarang sijil atau kelayakan bagi pendidikan awal kanak-kanak.
“Peningkatan kes-kes penderaan, pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak oleh pengasuh di Malaysia jelas menunjukkan hukuman berat perlu diberikan sebagai pengajaran buat tertuduh dan masyarakat,” katanya.
Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Raihanah Abd Razak dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan tertuduh telah mengaku bersalah pada peringkat awal kes.
“Tertuduh merupakan ibu kepada tiga orang anak yang masih kecil yang mana anak bongsunya baru berusia lima bulan dan kes ini merupakan kesalahan pertama tertuduh,” kata peguam itu. -K!ONLINE