fbpx

MBJB kenal pasti 24 lokasi hotspot banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kontraktor MBJB memeriksa peti ais yang dibuang sebelum dihanyutkan ke dalam sungai susulan banjir kilat baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengenal pasti 24 lokasi ‘hot spot’ kejadian banjir kilat di sekitar bandar raya ini akibat bencana banjir kilat yang berlaku pada 30 September lalu.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, daripada jumlah itu 18 lokasi berkenaan adalah dibawah seliaan MBJB manakala enam lokasi lagi adalah di bawah seliaan agensi kerajaan lain.

Sehubungan itu, MBJB telah merangka pelan tindakan penyelesaian secara komprehensif yang akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah berkenaan dalam jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang.

“Pelan jangka pendek melibatkan pembersihan di lokasi terlibat seperti di dalam longkang, parit serta saliran air utama selain membersihkan sisa runtuhan struktur dan tembok batu.

“Pelan jangka sederhana adalah MBJB telah memulakan proses penyediaan dokumen sebut harga dan tender untuk pelaksanaan kerja penggalian mendapan serta pembersihan di dasar parit dan saliran utama di dalam kawasan MBJB.

“Manakala pelan jangka masa panjang pula melibatkan kajian bagi memastikan kejadian banjir di kawasan hot spot ini tidak berulang melalui pembinaan struktur kolam takungan dan sistem pam di beberapa lokasi yang telah dikenal pasti,” jelasnya dalam kenyataan di sini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI