fbpx

Langkawi antara kawasan terima amaran ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda empat buah negeri sehingga pukul 2 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, negeri yang terlibat ialah seluruh negeri Perlis, beberapa daerah di Kedah, Selangor dan Sabah.

“Bagi negeri Kedah, keadaan hujan lebat dijangka melanda Langkawi. Sementara di Selangor, cuaca sama diramal berlaku di Kuala Selangor, Klang dan Petaling.

“Manakala di Sabah pula, keadaan sama turut bakal melanda Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Kudat (Pitas dan Kudat,” katanya di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI