fbpx

KPN kesal komen berunsur perkauman ke atas atlet negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KISONA gembira kerana berjaya mendapatkan kemenangan pada Cabaran Antarabangsa Sepanyol selepas menampilkan aksi terbaik sehingga ke perlawanan akhir. GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) amat kesal komen berunsur perkauman yang telah dibuat oleh seorang pengguna media sosial terhadap pemain badminton perseorangan negara, Kisona Selvaduray padaaksi separuh akhir Piala Sudirman, Sabtu lalu.

KPN memaklumkan, sukan telah sekian lama menjadi tapak integrasi perpaduan yang menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.

Katanya, namun ia telah dicemarkan oleh sikap segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif yang mencetuskan api kemarahan dan perpecahan.

“Seluruh rakyat Malaysia terutamanya pengguna media sosial diingatkan jangan sesekali bermain dengan kata-kata yang boleh mencetuskan api perkauman,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, komen berbaur perkauman disuarakan pengguna media sosial ekoran kekalahan atlet tersebut di tangan pemain Jepun, Akane Yamaguchi dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI