fbpx

Khazanah alu-alukan PM sebagai Pengerusi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mengalu-alukan pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Pengerusinya yang baharu.

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, penganjuran Khazanah Megratrends Forum (KMF) 2021 adalah yang pertama disertainya selepas dilantik ke jawatan tersebut.

Bagaimanapun, ujarnya, beliau bukanlah satu-satunya anggota baharu di dalam Lembaga Pengarah Khazanah.

“Saya ingin mengalu-alukan Ismail Sabri sebagai Pengerusi baharu Khazanah. Saya tidak sabar untuk bekerja dengan Perdana Menteri dalam memacu Khazanah ke hadapan,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan serta pengenalan KMF 2021 secara maya hari ini.

Pengerusi Khazanah sebelum ini disandang oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI