JOHOR BAHRU – Pertambahan kes positif Covid-19 di Singapura tidak menjadi penghalang kepada usaha pembukaan sempadan yang membuka pintu kepada pekerja Malaysia berulang alik bekerja di negara republik itu.
Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, perkara itu tidaklah lagi menjadi pertimbangan pembukaan sempadan setelah keadaan sudah bertambah baik dengan kadar vaksinasi di kedua-dua negara sudah meningkat.
Jadi, katanya, soal turun naik kes positif Covid-19 di negara republik tidak lagi menjadi kerisauan setelah kedua-dua belah pihak bersedia bagi mencapai kata sepakat.
“Saya tak nampak itu menjadi pertimbangan dan penghalang kepada usaha yang dibincangkan.
“Kalau awal dahulu, bila Skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) Malaysia-Singapura ditangguhkan dan Skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) Malaysia-Singapura tidak dilakukan, kerana kita masih lagi menunggu kaedah-kaedah berdepan Covid-19 ini.
“Tapi sekarang dengan adanya pelbagai vaksin Covid-19 dan Singapura telah memikirkan dos ketiga selain menggalakkan kempen dengan setiap keluarga dibekalkan dengan basic test kit, ia tidak lagi menjadi isu,” katanya. K! ONLINE