fbpx

Kes harian terus turun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Angka kes harian terus mencatatkan penurunan di bawah 9,000 dengan 8,075 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 2,285,640 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dua negeri mencatatkan kes melepasi angka 1,000 iaitu Sarawak (1,189 kes) dan Kelantan (1,020 kes).

“Pulau Pinang (853 kes), Johor (781 kes), Selangor (686 kes), Sabah (677 kes), Terengganu (636 kes), Kedah (628 kes), Perak (548 kes), Pahang (522 kes), Melaka (219 kes), Kuala Lumpur (151 kes) dan Negeri Sembilan (108 kes).

“Selebihnya, Perlis (36 kes), Putrajaya (19 kes) dan Labuan (dua kes),” menurut hantaran Facebook beliau di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI